Monday, 1 September 2014

Kuliah 2

Ciri-Ciri Budi Bahasa

 Ciri-ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa ialah:
 1. Pemaaf
  • Pemaaf mampu memaafkan orang yang melakukan kesalahan dengan cepat dan senang. Mereka tidak akan menyimpan dendam dan rasa benci dalam hati mereka walaupun terdapat orang yang menyinggung perasaan mereka.


2. Bertimbang Rasa

  • Orang yang bertimbang rasa sering memikirkan kepentingan orang lain apabila melakukan sebarang tindakan.
  • Mereka berfikir dari sudut orang lain supaya menjaga hati orang dan tidak menyinggung perasaan orang lain.
  •  Mereka juga sanggup belajar untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dalam segala situasi serta persekitaran.


3.Bertoleransi

  • Bertoleransi bermaksud bersikap sabar dan boleh mengawal diri dalam apa jua keadaan untuk mengelakkan perselisihan faham serta pertelingkahan.
  •  Orang yang bertoleransi menerima pendapat, fikiran, kepercayaan, adat resam, budaya serta agama orang lain dengan hati terbuka.


4.Ramah mesra

    •  Orang yang ramah mesra senang didampingi dan didekati oleh orang lain.
  •  Ciri-ciri orang yang ramah mesra adalah selalu senyum dengan orang lain secara bersopan santun, pandai mengawal emosi diri serta tidak cepat marah.


5.  Tidak Mementingkan Diri Sendiri

  • Orang yang memiliki sifat ini selalu menjaga kepentingan orang lain selain menjaga kepentingan diri sendiri.
  •  Mereka sering berfikir dari sudut orang lain dalam segala keadaan dan mereka rela untuk menolong orang yang memerlukan bantuan.


6.Kasih Sayang

  •  Kasih sayang merupakan perasaan yang peka dan mendalam terhadap seseorang dan perasaan ini lahir daripada hati yang ikhlas.
  • Orang yang penyayang selalu berprihatin, mencintai, menyayangi serta mengambil berat orang lain.


7. Bekerjasama

  •  Orang yang mempunyai semangat bekerjasama suka melakukan sesuatu tindakan, pekerjaan, keputusan atau perbuatan lain secara bersama-sama.
  •   Mereka akan saling menolong dan membantu dalam melakukan sesuatu aktiviti.
  •  Mereka suka menyertai aktiviti organisasi atau permuafakatan secara sukarela bagi kepentingan serta kebaikan orang ramai.


8. Bersifat Sabar

  • Sifat sabar dalam konteks Islam merupakan salah satu daripada sifat mahmudah yang wajib dimiliki oleh setiap umat Islam. Hal ini kerana sifat sabar adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam serta ibu kepada segala akhlak di dunia.


9.Memiliki Kesantunan Yang Tinggi Semasa Berinteraksi
  • Seseorang yang mempunyai kesantunan yang tinggi dalam pergaulan seharian akan selalu bersifat sopan santun, lemah-lembut, menghormati orang lain, ramah mesra, pandai menjaga mimik muka sendiri dan sebagainya supaya boleh mengelakkan sebarang perselisihan faham dan pertelingkahan.


10. Bersopan Santun
  • Bersopan santun bermaksud kelakuan, tingkah laku, budi bahasa yang baik serta luhur.
  • Seseorang yang bersopan santun akan sentiasa menjaga tingkah laku, perbuatan, pertuturan atau perbualannya dalam kehidupan seharian supaya boleh menjaga maruah diri selain mengelakkan perselisihan faham dengan orang lain.
Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa
·         Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
·         Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
·         Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
·         Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
·         Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan
·         Merokok di kawasan larangan merokok ialah 
·         kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia 
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia:
1. Kata Sapaan (Kata yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur         atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi ataupun tidak rasmi.)
2. Kata Gelaran (Kata awalan atau akhiran yang ditambah kepada nama seseorang sama ada     bagi menandakan darjah kebesaran atau kedudukan seseorang secara rasmi.)
3.  Panggilan (Satu perkataan yang digunakan untuk menggelar seseorang  dan menggantikan      nama orang tersebut.)
4. Memberi Salam
5. Bersalam
6. Bertanya Khabar
7. Melayan Tetamu. (Contohnya, melayan tetamu untuk menjamu makan.)
8.  Menghormati Orang Tua

Masyarakat Melayu:
1. Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
2. Contoh :
•Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.
•Memberi salam apabila bersua.
•Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
•Menggunakan tangan kanan semasa makan dan tidak boleh menggunakan tangan kiri semasa makan.
•Tidak boleh mengangkat pinggan semasa makan.
•Pakaian yang menutup aurat dan bersopan apabila bersembahyang.
•Memberi zakat atau sedekah kepada orang yang miskin.
•Memberi salam kepada orang lain dan selalu membalas salam kepada orang yang memberi salam.
•Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak dibenarkan berdamping-dampingan.
•Memakai pakaian tradisional sepeti baju kurung apabila menjalankan sesuatu upacara atau jamuan penting.

Masyarakat Cina:
1. Contoh:
•Tunduk ketika memberi salam.
•Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
•Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
•Bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita dengan lemah lembut dan bersopan santun.
•Menggelar saudara mara dengan menggunakan gelaran yang bersesuaian dan bersopan seperti “pak cik”, “mak cik”, “kakak”, “abang” dan sebagainya.
•Tidak boleh memakai kasut masuk ke dalam kuil.
•Tidak boleh memakai topi semasa bersembahyang.
•Tidak boleh menyanyi dan bercakap semasa makan.
•Tidak boleh menuding dengan menggunakan jari telunjuk kepada sesuatu semasa   bercakap terutamanya dengan pihak yang lebih tua atau yang dihormati. Ibu jari sepatutnya digunakan untuk menunjuk sesuatu.

Masyarakat India:
1. Contoh:
•Duduk ketika makan.
•Tidak membazirkan makanan.
•Senyap semasa bersembahyang.
•Mengucap “vanakkam” sebagai tanda memberi salam.
•Duduk bersila ketika makan.
•Tidak bercakap ketika menguah makanan.
•Memakai pakaian tradisional apabila pergi ke kuil.
•Mengucap selamat malam kepada ahli keluarga sebelum tidur.
•Sentiasa bersenyum apabila bersua dengan orang lain.
•Ibu bapa memberi restu kepada anak-anak mereka setiap hari.
•Tidak boleh berbual-bual dengan orang lain semasa berada di upacara kematian.

ISL (Nota Tambahan)

Kata Sapaan.

Contoh: 



KATA GANTI DIRI
ORANG YANG DITUJUKAN

Saudara/saudari

Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis.
Cik
Orang perempuan yang belum berkahwin/ berkedudukan tinggi daripada penutur.
Saya
Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali)
Aku
Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada kenalan rapat.
Patik/hamba
Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja.
Beta
Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan rakyat biasa.
Tuan
Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur.
Puan
Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.
Engkau/Kau
Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan rapat.
Tuk
Kadi/Iman/Penghulu
Anda
Digunakan dalam situasi formal dan boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.
Tuanku/ Baginda
Digunakan kepada raja.
Ia/Dia
Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada objek bukan manusia dan benda.
Beliau
Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati dan mempunyai kedudukan.
Mereka
Kata ganti diri  orang ketiga jamak.
-nya
Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya).  Boleh juga digunakan sebagai kata ganti  diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya)


Panggilan

Contoh: 
  • Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
  • Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
  • Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
  • Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
  • Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
  • Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Tutorial 2

  1.  Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya : Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh”. Berikan ulasan anda.
  •       Gurindam Fasal ini menasihati kita mengamalkan nilai berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan ,Baik hati dan tidak dengki kepada orang lain,Bercakap benarlah sepanjang masa dan Bersabar tanpa mengikut perasaan marah. Selain itu, kita mestilah memelihara pandangan mata daripada melihat perkara yg tak baik,Menjaga hati kerana hati itu pengawal tingkah laku dan Janganlah bersifat dengki. Di samping itu , kita hendaklah berfikir sebelum memuji atau mengumpat dan Janganlah suka berbohong kerana berbohong mendedahkan kelemahan diri kita sendiri.

(      2.    Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia.          Bincangkan.


  • Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki  dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.Sebelum keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.


3. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita?

  • Melalui rombakan sistem pendidikan. Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa.Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka.  Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. 
  • Pihak sekolah perlu  melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan.Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’
  •  Peranan ibu bapa. Ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa.Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya  agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak.Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan



No comments:

Post a Comment