Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks
Percakapan
1. Hargai mitra bicara
- Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
- Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.
2. Peka terhadap kesempatan
- Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
- Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
- Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat
3. Fahami relevansi pembicaraan
- Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
- Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
- Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik
- Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik
4.
Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap
dengan nada yang samar-samar
5. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
6. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
7. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
8. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
9. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
10. Tidak bercakap secara berkumam mulut
11. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
12. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan mereka.
13. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
14. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Contoh Peraturan Berbahasa
Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks
Percakapan
1. Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan
Selamat pagi, Assalamu’alaikum,Hello
2. Ungkapan Mengakhiri Percakapan
(SITUASI FORMAL)
Sekian saja pertemuan kita hari ini, jangan lupa….
Sebagai penutup, kita simpulkan bahwa….
(SITUASI NONFORMAL)
Udah dulu ya, besok jangan lupa….
deh, jadi kita besok berangkat jam…
3. Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi
Bagaimana menurut pendapat Anda?(formal)
Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)
Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?
4. Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus
( Secara formal )
Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya….
(Secara nonformal)
Wah, makin seru kalau kita bicara soal…
Boleh tahu pandanganmu tentang….
5. Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan
Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”
6. Mengucapkan Terima Kasih Jika Diberi Bantuan
Contoh: “terima kasih ya”
7. Mengakhiri Percakapan Dengan Ungkapan Pemisahan
Contoh:“ Selamat jalan“
Peraturan Berbahasa
Dalam percakapan, kita harus :
Ø Bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.
Ø Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap. Walaupun kita mempunyai banyak pandangan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita perlu sedar bahawa bukan semua yang ingin kita cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana keterpaksaan dia mendengar sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita, padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang baik.
Ø Tidak mencelah percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita mencelah, panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan ternganga serta tidak dapat menyempurnakan percakapannya. Biarlah mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap.
Ø Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.
Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan
Dan Giliran Bercakap
Tujuan percakapan
Kita harus mengutamakan tujuan
percakapan dalam pergaulan harian.
- Kita patut menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek.
Contoh : Kita hendak memberitahu
seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Perkara tersebut haruslah
diberitahu dengan secepat mungkin kerana merupakan perkara yang sangat penting.
- Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendak mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat, walaupun perkara itu tidak segera, namun, perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya.
Contoh : Kita hendak memberitahu kawan
kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh
memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara tersebut
penting tetapi tidak segera.
- Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan ‘relaks’ dan tidak melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang.
Contoh : Kita boleh menyampaikan atau
memberitahu sesuatu yang tidak penting semasa kita sedang berbual-bual dengan
pendengar pada masa lapang, seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu
dan sebagainya.
Giliran Bercakap
Kita
harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya,
giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap
dengan kita.
CONTOHNYA :
Dalam keluarga,
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang yang lebih besar.
4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik.
Di sekolah,
1. Pengetua atau Guru Besar.
2. Penolong kanan sekolah.
3. Ketua unit atau jabatan.
4. Para pensyarah atau guru.
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.
6. Para pelajar.

TUTORIAL
3.Dengan
sokongan bahan grafik, banding bezakan jenis-jenis kesantunan bahasa yang telah
dipelajari.
Kesantunan
bahasa yang telah dipelajari ialah kesantunan verbal, kesantunan non-verbal, kesantunan
lisan dan kesantunan penulisan.
Persamaan
Semua
kesantunan bahasa bertujuan untuk menyampaikan dan menerima mesej serta
berkomunikasi antara individu-individu.Ia bertujuan untuk menunjukkan tanda
hormat dari pemberi mesej kepada penerima mesej.
Perbezaan
1. Kesantunan verbal adalah disampaikan melalui percakapan
ataupun secara hujah,manakala kesantunan non-verbal disampaikan melalui
pergerakan badan(mimic muka, pergerakan tangan,postur badan ataupun secara
penulisan.)
2. Kesantunan verbal dan kesantunan penulisan ditafsir
secara langsung berdasarkan perkataan-perkataan hujah yang disampaikan,
manakala bahasa badan pula boleh ditafsirkan kepada maksud yang berbeza
mengikut pemahaman individu yang berbeza.
3. Bahasa verbal dan penulisan diterima secara umum di
merata dunia, manakala bahasa tubuh dipraktikkan dalam komuniti secara asing
berdasarkan norma dan budaya tempatan,oleh itu kemungkinannya bahasa badan
sesuatu komuniti tidak dapat difahami oleh komuniti yang lain.
4.
Huraikan contoh-contoh kesantunan penulisan yang terdapat dalam bahan-bahan
yang anda pilih.
Contoh
1:
Drama : Sebuah Perjuangan
1. Mengucapkan terima kasih selepas menerima
hadiah
• Jahul: Baiklah tuan. Terima kasih banyak tuan.
• Jahul: Baiklah tuan. Terima kasih banyak tuan.
2. Memberi
penghargaan kepada orang yang berjasa
• Pegawai
Inggeris: Kamu mesti terima ini hadiah. Kompeni beri penghargaan kepada kamu
yang telah memberi kerjasama.
3. Memberi pujian kepada orang yang berjasa
• Pangeran Syahbandar: Syabas, Awang! Syabas! Semangat dan sokongan begitu yang kita mahukan untuk meneruskan suatu perjuangan.
3. Memberi pujian kepada orang yang berjasa
• Pangeran Syahbandar: Syabas, Awang! Syabas! Semangat dan sokongan begitu yang kita mahukan untuk meneruskan suatu perjuangan.
4. Memberi salam kepada tuan
kita
• Jahul: Selamat pagi, tuan.
• Jahul: Selamat pagi, tuan.
Contoh 2:
Cerpen : Budi Semangkuk Daging
1. Berkongsi makanan dengan
jiran kita
• Puan Ainun sentiasa mencuba resepi baharu dan memberikan masakannya kepada jiran-jiran yang lain.
2. Menghormati adat budaya kaum
lain
• Puan Ainun menyedari bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu dan akhirnya dia menghantar semangkuk bubur kacang kepada Cik Punita.
3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang dilakukan
• Puan Ainun sedar akan kesilapannya kerana sebelum ini dia menganggap penolakan makanan daripada Cik Punita sebagai satu penghinaan.

No comments:
Post a Comment