Monday, 1 September 2014

Kuliah 5

Kesantunan Berbahasa

Konsep Kesantunan Merentas Budaya
  • Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskritbuddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataanbuddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal.)
  • Secara amnya, budaya membincangkan hal-hal berkaitan dengan budi dan akal manusia.
  • Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
  • Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • Di dalam pengertian yang luas pula, budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia.
  • Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagaiculture, yang berasal daripada perkataan Latin coloreyang bermaksud menanam atau mengerjakan.
  • Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
  • Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan    pergeseran dalam sesuatu interaksi.
  • Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak      perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni  dalam komunikasi.
  • Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka    (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
  • Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek  berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.
  • Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan    hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
  • Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh suatu  masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
  • Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang  sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan  keihklasannya.
KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
•Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
•Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.
•Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi  penekanan dalam proses berkomunikasi.
•Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya. 

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

•Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan  tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
•Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar  budaya yang pelbagai.
•Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras,  bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
•Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina  dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
•Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat  yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan    diihayati.

  • Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu:
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama
    • Kaum Melayu perlu mematuhi segala ajaran agama Islam dan tidak boleh melanggari ajaran agama.
    • Kaum Melayu tidak boleh melakukan aktiviti yang melanggari ajaran agama Islam seperti minum arak dan makan makanan yang tidak halal dan sebagainya.
  • Memberi salam apabila bersua
    • Memberi salam sambil bertanya khabar apabila berjumpa dengan orang lain sama ada orang yang dikenali atau tidak merupakan tingkah laku yang sopan santun dalam kalangan masyarakat orang Melayu.
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
    • Menyampuk adalah perbuatan yang tidak santun terutamanya apabila orang tua sedang bercakap. Orang muda seharusnya menumpukan perhatian apabila orang tua sedang bercakap dan hanya bertutur selepas orang tua sudah habis bercakap.
  • Kata sapaan
    • Kata sapaan merupakan kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, sama ada dalam konteks rasmi ataupun tidak rasmi. 
    • Dalam kalangan masyarakat Melayu, kata sapaan boleh dipengaruhi oleh faktor umur, status, kedudukan, pangkat seseorang dalam masyarakat. Selain itu, kata sapaan juga dipengaruhi oleh kedudukan seseorang dalam keluarga.
  • Kata gelaran
    • Gelaran merupakan suatu kata awalan atau akhiran yang ditambah kepada nama seseorang sama ada menandakan darjah kebesaran atau kedudukan seseorang secara rasmi tidak tidak kira ia adalah kelayakan professional atau akademik.
    • Contohnya, Ph.D, MD, IEng dan sebagainya.
  • Panggilan
    • Kata panggilan sebenarnya lebih kurang sama dengan kata sapaan.
    • Contohnya, panggilan ayah, ibu, adik, abang, kakak dan sebagainya yang digunakan di dalam sebuah keluarga.
  • Bersalam
    • Bersalam adalah budaya masyarakat Melayu.
    • Bersalaman mestilah dibuat dengan menggunakan cara yang betul supaya kedua-dua belah pihak dapat merasai kasih sayang dan silaturahim serta dapat memahami antara satu sama lain.
  • Bertanya khabar
    • Bertanya khabar juga merupakan budaya masyarakat Melayu. Tingkah laku ini lazimnya akan dibuat selepas bersalaman antara satu sama lain.
    • Bertanya khabar bertujuan untuk memahami antara satu sama lain dengan lebih mendalam.
  • Melayan tetamu
    • Dalam ajaran Islam, umat Islam dituntut untuk melayan tetamu yang pergi ke rumah tuan rumah dengan layanan yang paling baik.
    • Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya."
  • Menghormati orang tua
    • Menghormati dan berbakti kepada kedua-dua orang tua bagi masyarakat Melayu adalah wajib.
    • "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa". (QS. An-nisa : 36)
    • Demikian Allah SWT sudah menetapkan perintah- Nya agar anak haruslah berbuat baik kepada kedua -dua orang tua.
  • Dan lain-lain

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina


  • Tunduk ketika memberi salam.
    • Bagi masyarakat Cina, tunduk ketika memberi salam adalah dianggap sebagai satu tingkah laku yang sopan santun.
    • Tingkah laku ini bertujuan untuk menunjukkan perasaan hormat dalam hati kita terhadap orang lain.
       Menunduk ketika memberi salam adalah lazim
      dalam masyarakat Cina pada zaman dahulu.
  • Orang tua makan dahulu.
    • Dalam "Di Zi Gui" iaitu karya yang ditulis oleh Li Yu Xiu (1662-1722), penulis telah menasihati orang muda supaya sentiasa memberi keutamaan kepada orang tua semasa makan. Orang muda mesti menunggu orang tua makan dahulu sebelum mereka mula menjamu selera.
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
    • Masyarakat Cina harus menunggu sehingga semua ahli keluarga tiba di depan meja makan sebelum mereka mula menjamu selera. Perbuatan ini dianggap sebagai tanda penghormatan terhadap semua ahli keluarga.
  • Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi dan kasut.
    • Bagi masyarakat Cina yang menganuti agama Buddha, mereka tidak dibenarkan untuk memakai topi dan kasut semasa bersembahyang di dalam tokong. Hal ini kerana perbuatan ini akan dianggap tidak menghormati Tuhan.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
    • Selain di dalam tokong, masyarakat juga digalakkan untuk menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah seseorang. Perbuatan ini adalah untuk menghormati tuan rumah.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India

  • Duduk bersila semasa makan.
    • Masyarakat India perlu duduk bersila semasa makan kerana cara duduk ini merupakan cara duduk yang tepat serta sopan semasa mereka menjamu selera. 
  • Tidak membazirkan makanan.
    • Kaum India tidak dibenarkan untuk membazirkan makanan kerana perbuatan ini dianggap tidak beretika serta tidak santun.
  • Senyap semasa bersembahyang.
    • Semasa bersembahyang, masyarakat India perlu senyap dan tidak boleh bising di dalam kuil. Perbuatan ini adalah untuk menghormati Tuhan.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
    • Sama seperti kaum Cina, kaum India tidak dibenarkan memakai kasut semasa masuk ke dalam kuil kerana perlakuan ini dianggap tidak menghormati Tuhan.
  • Bersalam dengan orang yang lebih tua.
    • Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua di mana-mana tempat, masyarakat India perlulah bersalam dengan mereka terutamanya orang tua yang dikenali sebagai tanda penghormatan terhadap mereka.
Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

•Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum

•Jadi seorang guru mestilah sentiasa  mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari    segi:


i. kesantunan berpakaian 
→ Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

ii. Kesantunan tingkah laku
→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.

iii. Kesantunan berkomunikasi 
→Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
→Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika berkomunikasi. 
→ Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang  sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya. 
→Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun muridmenunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. 
→ Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya. 

Tutorial 5
1.Jelaskan konsep kesantunan merentas budaya berdasarkan kefahaman anda sendiri.
Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu 

bangsa sahaja.
• Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.
• Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam

pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses

berkomunikasi.

• Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya = 

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA.
•Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan

 terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod

serta tanggapan terhadap hubungan.
•Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap 

alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah 
sukar diubah.
•Setiap budaya mempunyai tanggapan masing- masing 

mengenai apa yang betul atau salah.


2.Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
•Perbuatan mencium pipi wanita (Perspektif orang Barat 

&Timur)
    -Barat-sebagai tanda menghormati tetamu
    -Timur-tidak bersopan
•Pandangan mata secara terus (Perspektif orang Jepun 

&Barat)
    -Jepun-perbuatan yang tidak merendah diri
   -Barat-dianggap menyimpan muslihat dan bersikap sangsi 

terhadap sesuatu jika tidak melakukan pandangan mata
•Cara melayan tetamu jika sibuk ( Korea&Melayu)
   -Korea-memberitahu secara terus,menyuruh tetamu balik

    -Melayu-mengutamakan tetamu
•Reaksi terhadap sesuatu yang tidak puas hati (Barat&Timur)

   -Barat-berterus terang,berbincang dan  mengharmonikan 


kembali suasana
  -Timur-memendam rasa 

No comments:

Post a Comment