Monday, 1 September 2014

Kuliah 3

Kesantunan Berbahasa
Konsep Kesantunan
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA

"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."


Santun
  • Menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
    • Budi Bahasa: Tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang baik, mulia, tertib dan sopan.
    • Budi Pekerti: Tingkah laku, perangai, dan akhlak yang positif. Budi pekerti lazimnya didorong oleh kekuatan rohani iaitu pemikiran manusia. Pemikiran yang positif ini akan membawa tingkah laku yang positif juga.
    • Beradab: Mempunyai adab, budi bahasa yang sopan.
    • Sopan: Beradab dan berbudi bahasa (tingkah laku,tutur kata, pakaian dan sebagainya.)


KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

  • Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
  • Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
  • Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
  • Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
  • Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
  • Nada mestilah rendah dan lembut.
  • Gerak laku haruslah lemah lembut
  • Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
Cara Berpakaian
  • Kita haruslah memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan situasi. Contohnya, kita memakai pakaian formal apabila menghadiri sesi temu duga. Kita memakai pakaian yang berwarna hitam dan putih sahaja apabila kita menghadiri upacara kematian kaum Cina.
  • Kita tidak boleh memakai pakaian dengan sesuka hati supaya menghormati orang lain. Contohnya, kita tidak boleh berpakaian biasa seperti yang kita pakai di rumah untuk menghadiri upacara perkahwinan. Perbuatan ini akan dianggap tidak sopan dan tidak berbudi bahasa.
Cara Bekerja
  • Kita perlulah melakukan kerja dengan mengikut etika dan peraturan kerja supaya tidak melanggari arahan daripada orang atasan serta menghormati orang atasan.
  • Selain itu, kita haruslah bekerja dengan bersungguh-sungguh serta sempurna supaya kita dapat menghasilkan hasil kerja yang terbaik kepada orang atasan kita. 
Cara Bertutur
  • Bertutur dengan lemah lembut, sopan santun, halus merupakan cara bertutur yang terbaik dan penuh dengan kesantunan.
Cara Makan

  • Kita seharusnya makan dengan mengikut etika di meja makan yang tepat dan betul.
  • Kita seharusnya tidak makan dengan gelojoh dan tidak makan dengan terlalu cepat. Sebaliknya, kita haruslah makan dengan sopan dan lambat.
  • Kita seharusnya menunggu semua orang sampai sebelum mula makan untuk menghormati orang lain.
Cara Belajar

  • Kita perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh, aktif, tekun dan rajin dalam segala perkara yang perlu dipelajari.
  • Selain itu, kita haruslah mengikut arahan orang yang mengajar kita dengan sempurna dan baik apabila kita sedang belajar.
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.

-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu

i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
 -Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
 -Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:-

a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:

a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

VI. Menurut Aristotle

a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.

ISL( Nota Tambahan)
Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:
  • sesuai
  • tidak menimbulkan konflik
  • sentiasa menjaga air muka pendengar
  • ikhlas
  • merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
          Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;

Tutorial 3
1. Jelaskan konsep kesantunan mengikut kefahaman dan budaya anda sendiri setelah mengikuti kuliah tentang konsep kesantunan.

  • Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
  • Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa

-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar

2.Berikan ulasan anda terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dunia.
Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
 -Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
 -Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu


3.Jelaskan perbandingan konsep kesantunan berdasarkan pelbagai bangsa di Malaysia.
Agama Islam
  1. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis: “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
  2. Penganut agama Islam sentiasa berpegang kepada ajaran agama yang meminta umat Islam untuk bertutur dengan baik iaitu secara sopan santun supaya dapat diberkati oleh Tuhan.

Agama Buddha
  1. Ajaran agama Buddha juga mengajar penganutnya supaya bersantun semasa menjalankan pergaulan seharian.
  2. “Mempunyai pemikiran yang baik, bercakap dengan baik, melakukan perkara yang baik.”
  3. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan asas yang perlu dipegang kepada penganut agama Buddha. Oleh yang demikian, penganut akan sentiasa memegang pinsip “bercakap dengan baik” semasa bergaul dengan orang lain. Bersopan santun sentiasa diamalkan oleh penganutnya apabila bertutur dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
Agama Hindu
  1. Bagi masyarakat India,terdapat salah satu prinsip Tiga Kerangka Dasar yang mendidik penganut Agama Hindu supaya mengamalkan sifat kesantunan dalam kehidupan seharian, iaitu susila (Etika).
  2. Susila (Etika): Berbudi pekerti mulia apabila berkomunikasi antara satu sama lain untuk mewujudkan hubungan harmoni sesama manusia.
  3. Kaum India akan berpegang kepada prinsip susila dalam Tiga Kerangka Dasar agama Hindu dengan bersifat bersopan santun, lemah lembut, halus, beradab dan berbudi pekerti mulia semasa menjalankan perbualan seharian.


No comments:

Post a Comment