KESANTUNAN LISAN
· Kesantunan berbahasa ini dapat
dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan
majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan
dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa,
tetamu, dan seumpamanya.
- Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya.
- Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
- Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
- Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
- Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
- Ini bermakna ia dinilai dengan dilihat serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
- Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
- Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
- Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
- Suara dan intonasi yang sopan.
- Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
- Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
- Penggunaan sistem panggilan yang betul.
- Gaya bahasa yang sesuai.
- Isi perbincangan yang tidak sensitif.
- Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- Gaya percakapan yang sopan
- Pandangan mata yang sesuai
- Gerak laku yang bertatasusila
- Mimik muka yang positif
- Hanyunan tangan yang sesuai
- Imej diri
- Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk :
- Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
- Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
- Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
- Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
- Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik' dan 'saudara'.
- Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu.
- Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
- Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat.
- Semasa seseorang individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antaranya dengan orang yang dilawan bercakap serta statusnya.
- Dalam komunikasi seharian, seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain.
- Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.
- Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi.
- Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri.
- Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya.
- Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.
- Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai.
- Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar.
- Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan.
- Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut.
- Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati.
- Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.
- Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
- Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
- Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
- Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
- Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
- Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri seseorang.
- Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak).
- Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat.
- Kata Ganti Nama Diri
- Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan Bahasa Kasar
Kesantunan Penulisan
- Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
- Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
- Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
- Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :
- Surat kiriman rasmi
- Laporan
- Kertas kerja
- Ucapan rasmi
- Pidato
- Minit mesyuarat
- Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain-lain.
- Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
- Penggunaan kata panggilan yang betul
- Kata sapaan yang betul
- Gaya bahasa yang tepat
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
- Isi yang tidak sensitif
Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam
Surat Rasmi & Memo
"Dengan
hormatnya perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa
..."
"Yang
Berbahagia Dato’ diundang ...
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji
........."
"Saya bersetuju untuk meluluskan
..." lebih sopan lagi dengan frasa "Saya tiada halangan
meluluskan ..."
“Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan
frasa “Bersama-sama ini disertakan ...”
· Kesantunan dalam komunikasi lisan
melibatkan :
- Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
- Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
- Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
- Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
- Suara dan intonasi yang sopan.
- Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
- Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
- Penggunaan sistem panggilan yang betul.
- Gaya bahasa yang sesuai.
- Isi perbincangan yang tidak sensitif.
· Dari segi bahasa tubuh badan,
aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
- Gaya percakapan yang sopan
- Pandangan mata yang sesuai
- Gerak laku yang bertatasusila
- Mimik muka yang positif
- Hanyunan tangan yang sesuai
- Imej diri
· Komunikasi secara lisan terdapat
dalam bentuk :
- Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
- Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
- Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
· Perwatakan dan keperibadian
seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.
· Apabila kita menggunakan
perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan
bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa dan
sebaliknya.
· Penggunaan kata gelaran dan kata
sapaan untuk dipanggil.
· Sebagai contoh, apabila kita
berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah
memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau
saudari.
· Apabila kita berjumpa dengan
orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana
itulah nama yang sesuai bagi mereka.
Tutorial
Tutorial
1.Dengan merujuk bahan multimedia , jelaskan bagaimana
kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan
pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dan penerima mesej.
Bahasa lisan adalah proses komunikasi yang melibatkan
percakapan dan petuturan., ia melibatkan pengeluaran hujah dengan
nada,tona,tempo,kekuatan suara serta pitch yang berbeza. Bahasa tubuh pula
boleh disampaikan melalui gerak isyarat, sentuhan, ekspresi muka serta
pandangan mata. Kesepaduan antara bahasa lisan dengan bahasa tubuh dalam
komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dan
penerima mesej. Ini dapat dijelaskan dengan apa yang bahsa lisan tidak dapat
menunjukkan dapat ditunjukkan melalui bahasa tubuh. Kadang kala, kita mempunyai
perasaan terpendam dan secara tidak sengaja ataupun involuntary, bahasa tubuh kita akan membantu menghantarkan mesej
kepada penerima tentang emosi dan
perasaan kita. Penglihatan adalah perasaan
yang lebih kuat daripada pendengaran.
Jika kita menyampaikan hujah dengan bahasa tubuh dan pergerakan, kita boleh
menarik perhatian penerima mesej dan mesej tersebut boleh kekal di dalam
ingatan dalam jangka masa yang lebih lama kerana pergerakan dan isyarat badan
meninggalkan imej yang koherent dalam otak kita. Namun, sesetengah isyarat badan bukannya
diterima secara umum di semua kelompok masyarakat. Contohnya, apabila kita melancong ke luar negara di mana
kita tidak tahu bahasa negara tersebut, kita dapat menunjukkan bahasa isyarat
menggunakan tangan. Kalau kita hendak mencari restoran, kita boleh menunjukkan
pergerakkan tangan memegang sudu dan menyuap ke dalam mulut. Selain itu, semasa
memberikan ucapan atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada , pemberi mesej
haruslah mempunyai eye contact dengan
penerima mesej untuk menunjukkan tanda hormat, dari segi bahasa lisan pula,
ucapan haruslah disampaikan dengan suara yang jelas dan mempunyai tona yang
menarik, di samping itu pemberi mesej boleh membuat isyarat tangan dalam
ucapan. Melalui kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh ini, penerima boleh
memahami mesej dengan lebih jelas dan mendalam.
2. Berdasarkan pembacaan anda, huraikan kesantunan lisan
dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
Kesantunan bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi
sama ada secara lisan ataupun bertulis. Dalam negara Malaysia terdapat
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan sebagai rakyat
tanah air tercinta ini, kita haruslah mengamalkan kesantunan untuk mengekalkan
keharmonian negara. Kesantunan lisan mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan
kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Dari segi kesantunan lisan,
kita dapat melihat banyak contoh-contoh dalam pergaulan seharian kita. Contohnya,
dalam keadaan formal,kita mengelar orang lain dengan gelaran seperti Encik,Cik,
Tuan ataupun Puan. Dalam keadaan tidak formal pula, kita mengelar orang yang
lebih tua daripda kita dengan gelaran Pak Cik, Mak Cik ataupun Kak. Dengan
memberi gelaran-gelaran seperti di atas, kita menunjukkan tanda rasa hormat dan
perbezaan kedudukan. Dalam sesebuah keluarga Melayu pula, wujudnya jenama
kekeluargaan untuk menunjukkan perbezaan umur di antara ahli
keluarga.Contohnya, Long menunjukkan maksud paling dewasa dalam keluarga
tersebut, diikuti dengan Ngah, Lang, Njang dan Su. Dalam istana, wujudnya satu
set penggunaan perkataan seperti Tuanku, iaitu gelaran hormat kepada Yang
Dipertuan Agong ataupun Raja-raja di negeri
tertentu. Penggunaan bahasa istana seperti bersiram( bermandi),mencemar
duli(mengunjungi),junjung kasih(terima kasih) dan lain-lain juga dipraktikkan.
Dalam masyarakat majmuk ini,
pelbagai kaum mempunyai kesantunan lisan yang dipraktikkan secara turun
temurun. Contohnya, dalam masyarakat melayu, apabila seseorang hendak melalui
tempat dan terpaksa menganggu perbualan orang lain, mereka akan membongkokkan
badan dengan menuding ibu jari ke lantai dan mengatakan “Tumpang lalu” untuk
meminta jalan. Tambahan pula, masyarakat Melayu bersalam dengan orang lain
dengan memegang kedua-kedua tangan dalam tapak tangan dan mencium tangan untuk
memberi salam. Istilah seperti 'Assalamu'alaikum’
diucapkan oleh salah satu pihak dan akan dijawab oleh pihak yang lain dengan
istilah ‘Wa'alaikum salam’.
No comments:
Post a Comment