Monday, 1 September 2014

Kuliah 4

Kesantunan Berbahasa
Penjagaan Muka sebagai Asas Kesantunan
Konsep kesantunan

  • Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)
  • Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)
  • Perlakuan yang mewujukan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech,1983:104)
  •   Kesantunan diukir berdasarkan penggunaan kata-kata dan perlakuan seseorang individu.
Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan



  •     Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah,2000:101)Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka.
  •         Antaranya ialah :
ü  Muka tarpal
ü  Muka sengkalan
ü  Muka bantal
ü  Meka papan





  •          Penciptaan peribahasa yang banyak itu mempunyai satu makna menunjukkan bahawa orang melayu sangat mementingkan malu dan air muka.
  •          Malu dapat fahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan   diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa.
  •          Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala tang terpuji.
  •          Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak.
  •          Menurut Zainal Kling (1980), konseo malu itu meliputi pelbagai segi pergertian termasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga dan masyarakatnya.
  •          Seseorang perlu mengelakkan dirinya daripada menerima malu atau memberi malu kepada orang lain.
  •          Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan.
  •          Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa peristiwa peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan
  •          Contohnya, balas dendam Jebat ke atas Sultan Melaka kerana telah memalukan Tuah yang dijatuhi hukuman bunuh kerana dituduh bermukah (zina) dengan perempuan istana.
  •          Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja melibatkan perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita boleh juga memalukan kl=eluarha dan masyarakat.
  •          Oleh itu, lahirlah peribahasa “menconteng arang di muka” yang bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu dan aib kepada keluarka.
  •          Antaranya sesuatu tindakan yang terkeluar daripada kehendak dan norma masyarakat, seperti seorang gadis “Kahwin lari”, maka tindkaannya dikatakan tindakan yang tidak santun kerana telah melanggar adat masyarakatnya.
  •          Anggota masyarakat yang sanggup memalukan s=diri sendiri dan ahli keluarga dianggap tidak bermaruah.
  •          Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu (Penjagaan air muka)
  •          Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujusn untuk maruah dan air muka.
  •          Malu juga boleh berpunca daripada penggunaan bahasa.
  •          Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
  •          Perkataan yang kelaur dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.
  •          Mulut ialah salah satu anggota yang sangat perlu dijaga memandangkan mulut merupakan bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka.
  •          Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain.
  •          Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap hari perlu dikawal dan orang Melayu sangat memberatkan perkara ini.
  •          Ini jelas dengan penciptaan peribahasa seperti “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
  •          Orang Melayu juga tidak boleh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampai-nyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada seorang yang lain sehingga dia dikatakan seperti “mulut tempayan”
  •          Percakapan seseorang juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain terhadapnya sehingga dianggap seperti “mulut murai”.
  •          Orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk kata-kata.
  •          Penjagaan lidah sama penting dengan penjagaan mulut kerana itu ada peribahasa yang berkaitan dengan lidah yang buruk seperti “lidah bercabang”, “lidah buaya”, “lidah tidak bertulang”.
  •          Namun, sekiranya lidah itu digunakan secara positif (santun), maka dikata “lidah manis” dan “lidah pendita” (Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999:127)
  •          Dalam membincangkan tugas mulut dan lidah, kita tidak boleh mengabaikan soal hati.
  •          Ini adalah kerana hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut,
  •          Oleh itu, kata-kata menggambarkan kati.
  •          Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
     ISL(Nota Tambahan)
    
  • Kita boleh mengelakkan pelbagai masalah jika percakapan kita baik. Antaranya adalah pergeseran, pertelingkahan ataupun perselisihan faham dapat dielakkan. Selain itu, persekitaran yang aman damai dan harmoni dapat diwujudkan jika seluruh masyarakat bertutur dengan sopan dan santun.
  • Perkara ini ada disebut oleh Raja Ali Haji (2000:8) di dalam gurindamnya seperti yang berikut:

"Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah."



  • Maksudnya adalah kita dapat memperoleh pelbagai faedah jika kita boleh mengawal lidah kita iaitu percakapan kita.
  • Manakala mengenai hati pula, Raja Ali Haji seterusnya berkata:
" Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim, segala anggota pun roboh."
  • Maksudnya adalah hati merupakan anggota badan yang menguasai dan mengawal segala tingkah laku serta percakapan kita. Seandaiya hati kita jahat, maka tingkah laku serta percakapan kita pun jahat juga.

"Tapi sayang
Tatkala bahasa disalah guna
Oleh lidah bercabang dua
Segala yang indah menjadi nista
Binasalah badan seluruh anggota
Bagai bunga kembang tak jadi"
(Sajak Bahasa,Norlila Abdul Ghani)
  • Rangkap sajak ini membawa maksud menggunakan kata-kata yang salah dalam percakapan akan membawa binasa kepada seseorang itu. Penulis sajak ini menasihati pembaca supaya bercakap dengan berhati-hati dalam kehidupan seharian.

"Ke tanah seberang satu purnama,
Duduk bertamu rumah saudara;
Kalau bertutur dengan sempurna,
Nahu tersusun santun terjaga."
(Pantun Bahasa)
  • Penulis menasihati pembaca supaya bertutur dengan sempurna iaitu dengan sopan santun, halus dan menggunakan kata-kata yang baik supaya kesantunan kita terjaga.

Tutorial 4
1. Jelaskan konsep penjagaan muka mengikut kefahaman anda sendiri.
·         Merujuk kepada air muka
·         Berkait rapat dengan maruah diri.
·         Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
·         Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
·         Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
·         Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
·         Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
·         Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
·         Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
·         Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
2. Mengapakah penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat?
---Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.   
·         Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa akan saling menghormati dan membantu tanpa mengira bangsa, kepercayaan, budaya serta agama.
·         Masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira serta merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
·         Perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan.
·         Hubungan silaturahim antara masyarakat Malaysia dapat dieratkan dan secara tidak langsungnya perpaduan antara rakyat Malaysia dapat dipupuk.
---Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. 
·         Masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur (berbudi bahasa) selain pencapaian lahiriah.
·         Dengan adanya masyarakat yang bertamadun, suasana persekitaran yang aman damai dapat diwujudkan.

3.Air muka seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai.
1. Menggunakan perkataan atau ayat yang tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri semasa bertutur . Contoh:  Mimi tidak menggunakan bahasa yang kesat dan kasar semasa bertutur kerana dia mengetahui bahawa perkataan-perkataan tersebut memalukan diri sendiri.
2. Bertutur dengan lemah lembut, halus, tidak meninggikan suara semasa bercakap untuk menjaga muka sendiri (maruah diri). Contoh: Mina selalu menggunakan nada suara yang rendah dan lembut semasa bertutur dengan orang lain supaya  orang lain selesa mendengar. Hal ini secara tidak langsungnya akan menjaga muka Mina  kerana dia bersopan santun.
3. Tidak bercakap bohong kerana hal ini boleh menjejaskan kepercayaan orang lain terhadap kita. Contoh: Kim seorang yang tidak  suka bercakap bohong dan dia selalu berkomunikasi dengan orang lain secara jujur dan iklhas. Dengan ini, Kim telah memperoleh kepercayaan ramai kawannya. Rakan-rakan selalu memuji personaliti Kim dan mereka suka bergaul dengannya. Secara tidak langsung, muka (maruah) Kim dapat dijaga.
4. Bersifat merendah diri dan tidak sombong semasa manjalankan perbualan dengan orang lain supaya tidak dibenci oleh orang lain. Contoh: Abu disukai oleh rakan-rakannya kerana dia tidak bersikap sombong  semasa dipuji oleh orang lain walaupun dia  selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sebaliknya, dia bersikap rendah diri. Sikap merendah diri dapat membantunya untuk menjaga muka (maruah) Abu kerana rakan-rakan suka bergaul dengannya.





No comments:

Post a Comment