Friday, 22 August 2014

Kuliah 1



Kuliah 1:


Pengertian Budi


  • Berkaitan dengan tabiat buat baik kepada orang lain .
  • Budi yang baik akan dikenang juga.
  • Diikat dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan .
  • Berbuat baik dengan perlakuan kita .
  •  Lahir dari hati yang suci .
  •  Perasaan untuk menimbang  baik dan buruk.
  •  Tabiat, akhlak, watak yang menonjalkan seseorang yang baik
  •  Tidak menyakitkan hati dan perasaan orang lain.
  •  Tolong-menolong antara satu sama lain.

Pengertian Bahasa
  Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah seperti  berikut:Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.


  • Lambang / simbol yang digunakan dalam pertuturan dalam kelompok masyarakat .
  • Sebagai alat komunikasi sekelompok masyarakat .
  • Dihujah secara lisan .
  • Setiap negara mempunyai bahasa rasmi masing - masing . 
  • Boleh dicipta oleh sesiapa sahaja dengan syarat dipersetujui oleh sekelompok masyarakat .
  • Bahasa yang bersistem mempunyai input , proses dan output .
  • Cth : Mesti ada huruf > huruf digabungkan > menjadi perkataan > wujudnya bahasa yang mempunyai  makna > menjadi ayat > dituturkan


Bahasa merupakan


  • satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep maklumat mereka kepada fikiran  orang lain.
  • satu kesatuan sistem maknasatu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna.
  • satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, kalimat,  dan lain lain.)
  • satu sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.


Pengertian Budi Bahasa



  • Orang yang berbudi bahasa mempunyai budi yang halus dan kesantunan bila berjumpa dengan orang lain .
  • Orang yang berbudi bahasa tidak akan menyinggung orang lain dan membawa kepada perpaduan .
  • Bermakna kesopanan / kesantunan .
  •  Berbudi bahasa dapat mewujudkan suasana yang harmoni , aman dan damai .
  • Nilai budi bahasa seharusnya menjadi amalan demi keharmonian negara .
  • Mengeluarkan fikiran dan pendapat supaya berguna kepasa semua orang

PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA



  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.
  • Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.




ISL (Nota Tambahan)


  • Budi bahasa  bermaksud mepunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. 
  • Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. 
  • Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejehteraan.

Pengertian Budi


Pantun Budi


Terang bulan terang di paya,

Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,

Mati dipanah Sri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,

Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,

Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Maksud rangkap:

Rangkap 1: Pantun ini disampaikan sebagai pesanan secara tidak langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah dikenang.

Rangkap 2: Orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut namanya walaupun dia telah meninggal dunia.


Rangkap 3: Jasa dan budi orang sentiasa dikenang. Biarpun kecil, budi itu tetap dihargai.


Rangkap 4: Seseorang yang mengasihi orang lain, apabila kasihnya diterima, hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.



  • Budi merupakan sifat baik, perbuatan baik atau kebajikan yang boleh membawa faedah dan kebaikan kepada orang lain.
  • Budi dilakukan kepada sesiapapun tanpa mengira kaum, budaya, adat resam, agama dan kepercayaan. Oleh itu, budi ditakrifkan sebagai perbuatan mulia yang didorong oleh akal dan pertimbangan seseorang yang baik.
  • Budi merupakan sumbangan dan jasa yang dilakukan untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan oleh seseorang dengan hati yang ikhlas serta tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu.
  • Seseorang yang melakukan budi dengan hati yang ikhlas akan diberkati dan dilindungi oleh Tuhan.


Pengertian Bahasa:




Sajak Bahasa

Ditulis oleh: Norlila Abdul Ghani



Bahasa menunjuk ajar

Boleh juga kepalang ajar

Bahasa boleh menunjuk

Boleh juga merajuk
Ada juga dibuat pujuk

Bahasa adalah indah
Terbina dalam sekata
Terhurai dalam fikiran
Terjelma dalam ucapan
Hingga membentuk tamadun bangsa

Tapi sayang
Tatkala bahasa disalah guna 
Oleh lidah bercabang dua
Segala yang indah menjadi nista
Binasalah badan seluruh anggota
Bagai bunga kembang tak jadi

  • Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk ayat yang memiliki erti. 
  • Bahasa merupakan kebolehan semula jadi manusia yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang tertentu untuk berkomunikasi. 
  • Bunyi-bunyi, perkataan atau ayat yang ditutur adalah diwarisi secara turun-temurun dan boleh diperbaharui, diubahsuai serta diperkembangkan dari semasa ke semasa asalkan golongan masyarakat berkenaan bersetuju dengan perubahan atau pengubahsuaian tersebut.
  • Bahasa merupakan: 
  1. Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan, keadaan dan sebagainya.
  2. Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep seseorang ke dalam pemikiran orang lain.
  3. Satu kod yng digunakan oleh pakar linguistik untuk menyelidik tentang bahasa sesebuah masyarakat.
  4. Satu sistem pertuturan yang dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
Takrifan Bahasa Dalam Kamus:
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87):"Bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia."
  • Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan Kesepuluh (1999:77):                 "Bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang digunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri."
Takrifan Bahasa Oleh Tokoh-Tokoh Dunia:
  • Abdullah Hassan (1984:14):                                                      "Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan."
  • Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:40):           "Banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka, bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi."                                       "Bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya."
  • Arbak (1983:7):                                                                         "Bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia untuk perhubungan."
  • Edward Sapir:                                                                          "Bahasa ialah suatu sistem lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan."
  • Raja Mukhtaruddin(1980:25):                                                   "Ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat."
  • Lutfi Abas (1975:4):                                                                   "Bahasa ialah data yang dianalisis dalam bentuk linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi."
  • Asmah Omar (1983:376):                                                           "Bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna."
  • Hall, dikutip Lyons (1981:4):                                                     "Language is the institution whereby humans communicate and interact with each other by means of habitually used oral-auditory arbitrary symbols."                                               Maksud:                                                                                   "Bahasa merupakan institusi di mana manusia menggunakannya untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan simbol arbitrari oral-pendengaran secara lazim."
  • Robins, dikutip Lyons (1981:6):                                                     "Languages are simbol systems...almost wholly based on pure or arbitrary convention.                                                             Maksud:                                                                                        "Bahasa merupakan sistem simbol...hampir keseluruhannya adalah berdasarkan konvensyen tulen atau konvensyen arbitrari."
  • Algeo (2005:2):                                                                           "A language is a system of conventional vocal signs by means of which human beings communicate. This definition has several important terms, each of which is examined in some detail...Those terms are system, signs, vocal, conventional, human, communicate.   Maksud:"Bahasa merupakan satu sistem tanda vokal konvensional dengan cara komunikasi antara manusia, Definisi ini mempunyai beberapa istilah yang penting, setiap istilah diperiksa secara terperinci...Istilah-istilah tersebut adalah sistem, tanda-tanda, vokal, konvensional, manusia, dan komunikasi."
Fungsi Bahasa:
  • Bahasa merupakan alat perhubungan bagi sesebuah masyarakat untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara luas, jelas dan tanpa sempadan. 
  • Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk mengekspresikan dan meluahkan perasaan sendiri supaya boleh difahami oleh orang lain.
  • Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan fikiran, pandangan, pendapat dan sebagainya.
Pengertian Budi Bahasa
  • Budi bahasa bermaksud tingkah laku dan pertuturan yang baik, berhemah tinggi, serta bersopan santun yang boleh mewujudkan keadaan harmoni, aman dan damai antara masyarakat.
  • Budi bahasa boleh diperlihat dalam dua bentuk:
  1. Tingkah laku atau perbuatan                                        
  2. Pertuturan atau bahasa
Tingkah laku atau perbuatan
  • Tingkah laku yang boleh menyenangkan hati orang, tidak menyinggung perasaan orang lain, menjaga kepentingan orang lain, berhemah tinggi serta bersopan santun.
  • Tingkah laku yang berbudi bahasa seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
  • Contohnya:
  1. Memberi tempat duduk kepada wanita yang mengandung serta orang tua apabila di dalam kenderaan awam seperti bas.
  2. Beratur semasa membeli barang di pasar raya, kedai runcit atau kantin.
  3. Membantu orang tua atau orang buta untuk melintas jalan.
  4. Membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Tutorial 1
1. Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut permahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

2.Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.
Orang Melayu
  • Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. 
  • Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. 
  • Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. 
  • Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa.

Orang Cina dan India
  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan. Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
  • Dalam masyarakat Cina dan India, bahasa bermaksud alat komunikasi yang digunakan dalam kehidupan seharian kita untuk menulis, membaca, bertutur dan sebagainya supaya orang lain memahami apa yang ingin kita sampaikan. Contohnya, kaum India menggunakan Bahasa Tamil manakala kaum Cina menggunakan Bahasa Cina.
  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.


3.Ulas pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
Tegak rumah kerana sendi,
   Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
    Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Pantun ini mengulaskan bahawa budi merupakan asas bagi setiap bangsa dan jika budi runtuh, sesuatu bangsa itu juga akan runtuh. Pantun ini sebenarnya menerangkan kepentingan budi terhadap kita.amalan berbudi dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada era tersebut dapat Berjaya membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti apabila tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang seperti kontemporari. Walau bagaimanapun, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam zaman jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah.




No comments:

Post a Comment